Anthony Loke DAP
Anthony Loke

KUALA LUMPUR – ”PH mesti menolak pengkhianat. Noktah,” tegas Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Secara terang-terangan, beliau menolak sebarang gesaan Tian Chua agar Pakatan Harapan (PH) bergabung dengan ‘mana-mana pihak’ asalkan boleh memberi kemenangan.

Gesaan itu dibuat oleh Naib Presiden PKR baru-baru ini.

Bagaimanapun, Loke menyifatkan ia adalah pandangan peribadi Tian Chua kerana DAP telah menjelaskan pendirian parti itu semasa mesyuarat Majlis Presiden PH.

“PH mesti berkempen berdasarkan polisi bersama dan trek rekod sepanjang 22 bulan memerintah Melaka di bawah Ketua Menteri Adly Zahari,” tegas beliau.

Loke membuat penegasan itu ketika ada ura-ura PKR akan mencalonkan semula empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menarik sokongan kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali. – MalaysiaGazette