Gambar Hiasan. Foto MOHD ADZLAN, 18 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Ribut petir berserta hujan lebat dijangka melanda enam buah negeri sehingga pukul 4 dan pukul 6 petang hari ini.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir itu dikeluarkan bagi negeri Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak manakala di Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin.

“Negeri Sembilan pula melibatkan daerah Jelebu dan Seremban manakala di Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia petang ini. Kredit: MetMalaysia

Menurut kenyataan itu, di negeri Sarawak ia melibatkan bahagian Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah); Bintulu (Tatau dan Bintulu); Miri (Subis, Telang Usan, Miri dan Marudi) serta Limbang.

Di Sabah pula, antara bahagian yang terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Keningau dan Tambunan); Pantai Barat; Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu); Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat. – MalaysiaGazette