Penghantaran vaksin Covid-19 ke Sudan. foto Getty Images

GENEVA – Pandemik Covid-19 dijangka berlarutan setahun lagi kerana negara-negara miskin masih belum mendapat vaksin yang diperlukan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Dr Bruce Aylward, pemimpin kanan WHO berkata, amaran itu bermaksud krisis Covid-19 mungkin berlarutan hingga tahun 2022 walaupun jangkaan penurunan kes diramal lebih awal.

Kurang daripada 5% populasi Afrika telah divaksinasi, berbanding 40% di kebanyakan benua lain.

United Kingdom telah memberikan lebih daripada 10 juta vaksin kepada negara-negara yang memerlukan berbanding janji sebanyak 100 juta.

Sehubungan itu, Dr Aylward merayu negara-negara kaya supaya menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin bagi memberi keutamaan bekalan vaksin kepada negara-negara kaya.

Dia berkata, negara-negara kaya perlu melunaskan komitmen sumbangan mereka yang dinyatakan pada sidang kemuncak seperti pertemuan G7 di St Ives pada musim panas.

“Saya boleh memberitahu anda bahawa kita tidak berada pada landasan yang betul. Kami benar-benar segera mempercepatkannya atau anda tahu kenapa? Pandemik ini akan berlanjutan selama setahun, lebih lama daripada jangkaan,” ujarnya. – BBC