Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto HAZROL ZAINAL, 08 OKTOBER 2021. Johor Terengganu PPN Phase 4
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto HAZROL ZAINAL, 08 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Johor dan Terengganu akan beralih daripada Fasa 3 kepada 4 menerusi peralihan Fasa-Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, peralihan itu mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi Johor dan Terengganu.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, sembilan negeri yang berada pada Fasa 4 ialah Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Pahang, Labuan, Negeri Sembilan dan Melaka juga yang terkini Johor serta Terengganu.

Manakala negeri-negeri yang masih berada di Fasa 3 PPN adalah Perak, Kelantan, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Kedah.

Tiada negeri yang berada di Fasa 1 dan 2.

Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my. – MalaysiaGazette