Awang Hashim.

KUALA LUMPUR – Tindakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim yang berpakaian baju Melayu lengkap bersamping menjadi usikan Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ahli Parlimen Pendang itu yang baru hendak menjawab soalan tiba-tiba ditegur Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamad Said.

“Timbalan Menteri pakai baju Melayu hendak bernikah ke?, tanya Ahli Parlimen Kuala Krau.

Awang hanya senyum tersipu malu tanpa menjawab soalan dan meneruskan jawapan beliau.

Selepas ini, Ahli Parlimen dibenarkan pula memakai baju batik lengan panjang pada setiap Khamis ketika tempoh persidangan.

Pada persidangan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu diterima sebulat suara dalam Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat.

Katanya, pemakaian baju batik itu bagaimanapun bukan mandatori, sebaliknya secara sukarela. – MalaysiaGazette