Edisi Siasat Home Minister Datuk Seri Hamzah Zainudin at a news conference after the Foreign Workers Management Committee Meeting at the Ministry of Human Resources, Putrajaya. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette /26 OCTOBER 2021 Telegram corruption
Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis terhadap dakwaan salah laku rusuah yang didedahkan menerusi aplikasi Telegram.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, dakwaan pengguna Telegram bernama ‘Edisi Siasat”  merupakan perkara baharu yang didengarinya.

“Saya baru dengar perkara ini. Saya tidak tahu pun perkara ini. Bagaimanapun, segala kesalahan, sesiapa saja kalau ada laporan polis, ada siasatan, kita akan berikan kerjasama.

“Buat masa ini, saya tidak tahu,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-6, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesahihan dakwaan-dakwaan yang dibuat menerusi medium tersebut. -MalaysiaGazette