Mohd Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan mencampuri sebarang urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, PRN Melaka itu tidak memberi manfaat kepada negara.

“Itu masalah parti mereka, kami tak mahu campur. Kami tak akan letak calon dan fokus kami adalah persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia berkaitan isu kerjasama perdagangan trans-Pasifik utama, Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) di sini hari ini.

Ditanya, apakah Warisan akan membantu berkempen, Mohd. Shafie berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

“Biarlah mereka, saya dengar rakyat pun sudah muak dengan isu-isu ini sampai nak boikot masa mengundi. Nanti kalau kami ada, lagi tambah muak pula, kami ini dari Sabah,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Warisan dalam fasa akhir untuk melancarkan parti itu di Semenanjung.

“Kita perlukan kerjasama dengan Semenanjung juga dan sedang ke arah itu. Apa yang penting Warisan tidak menjanjikan jawatan atau duit untuk mereka.

“Kita kerja demi rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast