Stadium Darul Makmur

KUANTAN – Pengurusan Stadium Darul Makmur menghadkan seramai 2,128 orang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sri Pahang FC dan Penang FC pada saingan TM Piala Malaysia yang akan berlangsung Sabtu ini.

Pengurus Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, bilangan penonton yang dibenarkan itu adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.

“Sebanyak 2,128 tiket berharga RM10 satu untuk penonton awam adalah dijual secara atas talian sahaja oleh vendor MFL, Ticket Hotline International di laman sesawang https://tickethotline.com.my/.

“Hanya 2,128 penonton dibenarkan masuk mengikut empat zon yang ditentukan boleh menonton perlawanan bola sepak di stadium pada 30 Oktober nanti.

“Manakala kanak-kanak 12 tahun ke bawah, warga emas, OKU serta mereka yang bergejala tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium,” katanya.

Tambah Suffian, penonton perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi atau kad fizikal vaksinasi di pintu masuk untuk pemeriksaan selain mematuhi SOP keluar masuk stadium.

“Para penyokong Tok Gajah diingatkan kekal menjaga SOP seperti memakai pelitup muka, sanitasi tangan dan penjarakan fizikal.

“Untuk masuk, penonton wajib membawa Kad Pengenalan atau passport asli bersama tiket bagi tujuan pengesahan dan kemasukan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast