Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Negara ini merekodkan sebanyak 6,148 kes positif jangkitan Covid-19 setakat 12 tengah hari tadi, meningkat berbanding 5,726 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu  menjadikan kumulatif kes positif meningkat kepada 2,448,372 kes.

Namun, angka penularan kes masih terkawal di bawah paras 10,000 kes.

Buat pertama kali selepas 22 Jun 2021 kes harian Covid-19 telah turun ke bawah paras 5,000 kes iaitu 4,782 kes pada 25 Oktober 2021.- MalaysiaGazette