KUALA LUMPUR – Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (Takaful Malaysia) melancarkan Takaful myClick Motor FlexiSaver, pelan takaful motor flexi pertama negara dengan perlindungan harian Pay As You Drive.

Takaful myClick Motor FlexiSaver adalah pelan takaful motor dalam talian yang menyediakan perlindungan setahun untuk kehilangan atau kerosakan pada kenderaan anda akibat kebakaran atau kecurian, serta kecederaan anggota badan, kematian atau kerosakan harta benda pihak ketiga.

Pelan ini bersesuaian dengan keperluan kewangan serta memberi perlindungan bagi mereka yang jarang memandu atau memiliki beberapa kereta dan penjimatan terhadap pelan insurans atau takaful motor.

Perlindungan harian Pay As You Drive yang terdapat di bawah pelan ini sangat sesuai dan bermanfaat.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Mohamed Sabri Ramli berkata, PAYD menampilkan ciri unik yang membezakan syarikat ini daripada insurans motor dan pelan takaful lain yang terdapat di pasaran.

Pelanggan hanya perlu mendaftar untuk pelan asas Takaful myClick Motor FlexiSaver melalui portal jualan dalam talian kami atau aplikasi mudah alih Click for Cover, sebelum mengaktifkan PAYD melalui aplikasi mudah alih.

”Takaful myClick Motor FlexiSaver dengan PAYD tidak hanya menyediakan proses aplikasi dalam talian yang mudah berserta pelbagai manfaat dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan, tetapi juga mempelbagaikan tawaran produk Takaful Malaysia dan menyediakan nilai proposisi untuk pengguna pada umumnya.

”Langkah strategik Takaful Malaysia untuk memperkenalkan pelan takaful motor ini akan memberi pendapatan baru dan peluang penghasilan nilai bagi syarikat untuk terus berada di hadapan dan kekal berdaya saing di pasaran insurans dan takaful motor,” tambahnya.

Ditawarkan melalui portal jualan dalam talian Takaful Malaysia dan aplikasi mudah alih Click for Cover, pelan ini menyediakan program bantuan bahu jalan 24 jam untuk khidmat tunda kerosakan tanpa had dan pembaikan kecil di bahu jalan, termasuk penukaran tayar, penghantaran bahan api, penukaran bateri dan jump start.

Menampilkan perlindungan harian Pay As You Drive untuk kerosakan kemalangan pada kenderaan anda dan perlindungan kemalangan peribadi percuma sebanyak RM15,000 untuk pemandu dan semua penumpang serta khidmat tunda kemalangan, Takaful myClick Motor FlexiSaver juga menawarkan pilihan perlindungan tambahan untuk cermin depan, kemalangan peribadi, dan penggantian kunci.

Pelanggan juga akan terus mendapat potongan diskaun 10% apabila memohon pelan asas Takaful myClick Motor FlexiSaver, dan apabila mengaktifkan perlindungan harian Pay As You Drive. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast