Malaysia Institute of Infectious Diseases Bandar Enstek (Picture for representational purposes only) A healthcare worker is preparing the Pfizer BioNTech Covid-19 vaccine for the National Covid-19 Immunisation Programme (PICK) for Adolescents at the Management and Science University (MSU) in Shah Alam. PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 20 SEPTEMBER 2021. Infectious Diseases Institute Bandar Enstek anti-vaccine anti-vaxxers

PUTRAJAYA – Lapar kluster baharu Covid-19 dikenal pasti setakat 12 tengahari tadi dan daripada jumlah tersebut lima mewakili kluster kategori tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga lagi kluster masing-masing mewakili kategori kumpulan berisiko tinggi, komuniti dan institusi pendidikan Kementerian Pendidikan.

“Daripada lima kluster kategori tempat kerja, dua kluster iaitu Industri Jalan Kemajuan Bangi 2 dan Industri Jalan Telok Mengkuang telah dikenalpasti di Hulu Langat dan Kuala Langat yang mana 29 dan 15 kes positif dikesan membabitkan masing-masing seramai 44 dan 200 orang telah disaring.

“Kluster Jalan Sungai Besi telah dikesan di Lembah Pantai membabitkan lapan kes positif hasil saringan daripada 21 orang diikuti Paya Pasir di Maran Pahang membabitkan 66 orang disaring dan 15 dikesan positif,” katanya dalam kenyataan perkembangan harian kes Covid-19 hari ini.

Tambah beliau, kluster tempat kerja yang kelima iaitu Industri Banang Jaya dikesan di Batu Pahat, Johor membabitkan 67 individu disaring dan lapan disahkan positif.

Dalam perkembangan sama, Kluster Jalan Batu Gantung kumpulan berisiko tinggi dikenalpasti di Timur Laut, Pulau Pinang membabitkan saringan 57 individu dan 42 pula dikesan positif.

Memperincikan kluster berkenaan, katanya ia membabitkan penghuni dan kakitangan sebuah pusat jagaan di Jalan Batu gantung, Desa Scotland iaitu kes seorang perempuan warga Indonesia berusia 51 tahun telah disahkan positif pada 24 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala.

Katanya, kluster Jalan Marsom kategori kluster komuniti pula dikesan di Sabak Bernam membabitkan 10 kes positif dan 22 orang dilibatkan dalam saringan bersasar.

“Kluster Jalan Marsom ini membabitkan seorang remaja perempuan tempatan berusia 16 tahun positif pada 15 Oktober lalu hasil saringan individu bergejala yang mana penularan berlaku di lokaliti Jalan Marsom, Parit 12 Barat.

“Akhirnya kluster Merinding 2, kategori kluster institusi pendidikan KPM dikesan di Labuan membabitkan 498 disaring dan 11 disahkan kes positif,” katanya.-MalaysiaGazette