vape juice tax
Beberapa jenis cecair vape yang disusun selepas kerajaan mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa 1 Januari 2021 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sebuah premis Vape, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 03 JANUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang mengenakan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik dan vape.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, kerajaan juga bercadang untuk meluaskan pelaksanaan duti eksais ke atas produk minuman bergula dalam bentuk pracampuran berasaskan coklat atau koko, malt, kopi dan teh.

Beliau berkata, ia adalah antara usaha kerajaan dalam menjayakan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat.

“Aspek kesihatan awam juga akan diberi perhatian. Dalam memupuk budaya sihat serta menangani masalah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Agenda Nasional
Malaysia Sihat.

“Dalam sesi sembang santai bersama anak muda, Dr Shantesh Kumar telah membangkit isu berkenaan penyakit jarang jumpa. Oleh itu, kerajaan akan memantapkan pengurusan Klinikal Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia seperti lisosomal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, di sini, hari in. – MalaysiaGazette