Christian Eriksen. Foto ESPN.

MILAN – Inter Milan dilaporkan bersedia untuk melepaskan Christian Eriksen selepas peluang untuk melihat pemain tengah itu kembali beraksi di Serie A bersama kelab tersebut semakin samar.

Ini kerana pihak berkuasa kesihatan di Itali masih lagi tidak membenarkan bintang tengah Denmark itu untuk beraksi di negara tersebut selepas beliau mengalami serangan jantung pada perlawanan sulung Kejuaraan Euro 2020 bertemu Finland, pada 13 Jun lalu.

Insiden yang mengejutkan di Stadium Parken itu menyebabkan kesihatan Eriksen pada ketika ini bergantung dengan alat bantuan Implantable Cardioverter Defibrillator (ICD).

ICD merupakan satu alat yang bertujuan untuk memantau denyutan jantung dan dapat mengesan degupan jantung yang tidak teratur.

Keadaan itu memberikan kesukaran buat pemain berusia 29 tahun itu di mana Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) tidak membenarkan beliau kembali beraksi selagi tidak disahkan benar-benar sembuh dan tidak lagi menggunakan ICD.

“Dengan merujuk hak pendaftaran pemain, perlu diingatkan bahawa berikutan kecederaan serius yang berlaku semasa Kejuaraan Eropah pada Jun 2021, pemain itu (Eriksen) telah dihalang buat sementara waktu untuk menjalani sebarang aktiviti sukan oleh pihak berkuasa perubatan Itali.”

“Walaupun keadaan semasa pemain tidak memenuhi keperluan untuk mencapai kecergasan sukan di Itali, perkara yang sama boleh dicapai di negara lain di mana pemain boleh meneruskan aktiviti kompetitif (bola sepak),” kata kenyataan yang dikeluarkan Inter menurut laporan Football Italia.

Kenyataan itu memEriksen ke pasukan lain. – MalaysiaGazette