Suasana di dalam kelas ketika guru sedang megajar di dalam kelas pada hari pertama pembukaan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 11. Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 24 JUN 2020.

KUALA LUMPUR – Bajet 2022 menyediakan Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar secara sekali bayar sebanyak RM100 yang akan diberi kepada lebih 400,000 guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, insentif pertama kali diperkenalkan itu sebagai menghargai jasa guru yang menyediakan bahan mengajar tambahan kepada murid-murid semasa tempoh pandemik Covid-19.

Selain itu, katanya, kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta.