KUALA LUMPUR – Sebagai usaha menggalakkan Keluarga Malaysia mengikuti program latihan serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.

Selain itu, kepada yang mengambil kursus dengan badan-badan profesional yang diluluskan, mereka layak mendapat pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM7,000, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022.

Kursus profesional yang diluluskan antaranya merangkumi bidang perakaunan, kewangan serta yang berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (atau ESG).

Kerajaan juga bercadang melanjutkan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluas kepada semua bidang pengajian. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast