Penduduk, Mohd. Adha, 12 (kiri) dan Mohd. Joairee, 9, (kanan) meluangkan masa bersama di hadapan rumahnya di Kampung Orang Asli Air Kuning, Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 17 JUN 2021.

KUALA LUMPUR –  Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM274 juta kepada komuniti Orang Asli dalam Bajet 2022.

Peruntukan itu bagi melaksanakan Program Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli seperti pemberian subsidi dan bantuan persekolahan serta bantuan kebajikan untuk manfaat hampir 200,000 Orang Asli.

Untuk tahun hadapan, kerajaan akan menaikkan kadar wang saku murid sekolah menengah kepada RM4 sehari, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Dalam pada itu, sebanyak RM200 juta disediakan khusus untuk kaum Cina untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan Skim PembiayaanUsahawan PKS.

Bagi kaum India pula, sebanyak RM145 juta disediakan untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN.

Tengku Zafrul Aziz berkata, dalam menggalakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan, sebanyak RM10 juta disediakan untuk tujuan ini.  MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast