Sekitar Program CSR MG Prihatin bersama penduduk di Pangsapuri Seri Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) portal Malaysia Gazette (MG) terus komited membantu rakyat yang terjejas menghadapi pandemik Covid-19.

Menerusi program MG Prihatin 2021, pelbagai bentuk sumbangan disalurkan kepada mereka yang terkesan daripada penularan virus tersebut.

Terbaru, team MG Prihatin tampil membantu 30npenduduk pangpaspuri Seri Malaysia di Sungai Besi, di sini, dengan menyalurkan  barangan asas seperti beras, gula, minyak, tepung selain sumbangan wang bagi meringankan beban kehidupan harian.

Sekitar Program CSR MG Prihatin bersama penduduk di Pangsapuri Seri Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

Walaupun sumbangan yang disampaikan itu tidak seberapa, namun bagi mereka besar ertinya, malah ada yang tidak dapat menahan air mata daripada mengalir dan berulang kali mengucapkan terima kasih.

Menurut ibu tunggal, Soo Yoke Ling, 52, kehidupannya sememangnya sukar beliau yang bekerja sebagai tukang jahit hilang mata pencarian.

“Bukan sahaja Covid-19 penyebab keadaan sukar untuk saya tetapi juga keadaan diri saya yang kini menderita kanser. Sukar untuk saya gambarkan sakit dilalui oleh saya.

“Bantuan seperti ini akan banyak membantu, barangan ini sangat membantu,” katanya.

Sekitar Program CSR MG Prihatin bersama penduduk di Pangsapuri Seri Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

Abdul Rani Ali yang menderita strok sejak tiga tahun lalu memberitahu, bantuan barangan asas yang diterima besar erti kepadanya.

“Saya amat berterima kasih. Kehidupan saya amat sukar sejak kena strok. Bantuan seperti ini sangat membantu.

“Walaupun ada anak-anak tapi hidup memang sukar lagi ketika pandemik Covid-19,” ujarnya.

Sekitar Program CSR MG Prihatin bersama penduduk di Pangsapuri Seri Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

Bagi Avaliyar Kuppusamy, 60, kesempitan hidup amat dirasai apabila suaminya yang merupakan pemandu lori hilang pekerjaan.

“Saya dan suami jaga cucu, memang susah tapi penduduk sini selalu bantu kami juga.

“Hari ini bantuan diberi tanpa kira kaum, terima kasih. Sumbangan ini sangat membantu kami sekeluarga,” jelasnya.

Selain daripada bantuan sumbangan barangan asas, MG Prihatin turut menyumbang peti sejuk beku untuk program ‘Gerobok Rezeki’ yang diwujudkan oleh Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Seri Malaysia.

Sekitar Program CSR MG Prihatin bersama penduduk di Pangsapuri Seri Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 30 OKTOBER 2021.

MalaysiaGazette masih mengalu-alukan tajaan dan sumbangan daripada individu-individu dan syarikat korporat yang berhasrat  menyertai MG Prihatin.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat MalaysiaGazette di talian 03-9054 6842. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast