KUALA LUMPUR – Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub Pahang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Rabu ini.

Ia dilakukan selepas 10 hari tiada PKPD diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kali terakhir MKN mengumumkan pelaksanaan PKPD adalah pada 21 Oktober lalu.

Dalam masa yang sama Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Pos Betau, Mukim Ulu Jelai, Pahang dilanjutkan sehingga 16 November 2021.

PKPD di kawasan itu sepatutnya tamat pada 20 Oktober lalu.

“Keputusan itu dibuat setelah meneliti analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu  katanya, tiada penamatan PKPD diisytiharkan pada hari ini. – MalaysiaGazette