Punca kabin tersebut tertanggal dan jatuh masih belum diketahui - Foto Reuters

PRAGUE – Seorang maut selepas sebuah kereta kabel tertanggal daripada kabelnya dan terhempas di Republik Czech.

Dalam kejadian di Gunung Jested semalam, mangsa dipercayai seorang pemandu arah dan beliau seorang yang berada di dalam kereta kabel tersebut ketika itu, lapor BBC News.

Seramai 14 orang berada dalam kereta kabel dalam perjalanan ke arah bertentangan diselamatkan anggota bomba.

Siasatan telah dijalankan bagi mencari punca kejadian di destinasi pelancongan popular itu.

Laluan kabel ke gunung Jested setinggi 1,012 meter berhampiran bandar Liberec menggunakan dua kereta kabel, masing-masing dikendalikan secara manual oleh seorang kakitangan. – BBCNews