Foto Facebook Melaka United FC.

KUALA LUMPUR – Melaka United FC menempah slot awal ke suku akhir Piala Malaysia selepas mencatatkan keputusan 3-3 menentang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, malam tadi.

Skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan berjaya mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan untuk menggungguli Kumpulan C meninggalkan pesaing terdekatnya, Kedah Darul Aman FC dengan kelebihan empat mata yang beraksi kurang satu perlawanan.

Dalam aksi malam tadi, Kelantan United mendahului skuad Hang Tuah tiga kali termasuk 2-1 pada separuh masa pertama

Namun Anak buah Zainal AbidinĀ  berjaya bangkit menyamakan kedudukan dan keputusan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast