KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 9 sen seliter kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 4 November 2021 hingga 10 November 2021.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette