Rodzi Md. Saad

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ladang Sime Darby, Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1, Lipis, Pahang pada 6 November ini sehingga 19 November 2022.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, keputusan untuk melaksanakan PKPD itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai trend jangkitan Covid-19 di situ.

Beliau menegaskan, prosedur operasi standard (SOP) berhubung PKPD adalah sama seperti digunapakai sebelum ini.

Rodzi berkata, tiada pelanjutan atau penamatan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara. – MalaysiaGazette