Shahrir Samad

 

KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO menetapkan supaya calon-calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi mengelakkan lompat parti terus berlaku adalah langkah terbaik sebelum undang-undang khusus mencegah ‘politik katak’ diwujudkan.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, ‘politik katak’ biasanya dicetuskan oleh golongan elit dalam parti.

Perbuatan khianat itu bukan kerana permintaan pengundi.

Oleh itu, katanya, tindakan yang dilakukan oleh UMNO ini akan mengubah budaya politik negara dan ianya akan bermula di Melaka.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua 28 calon Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka perlu menandatangani SD dan beberapa dokumen lain bagi mengelakkan mereka ‘lompat parti’ sekiranya menang pada 20 November ini.

Katanya, BN telah pun mempersiapkan pasukan peguam untuk meneliti supaya tiada lagi calon-calon yang menang atas tiket BN ‘melompat’ ke parti lain.

“Ini kerana kestabilan politik negara terutama di Melaka itu penting, sementara dalam Parlimen atau DUN belum ada lagi akta atau enakmen ini (lompat parti).

“Maka kita terpaksa membuatkan aku janji dan ada dua, tiga lagi dokumen untuk ditandatangani bakal-bakal calon sebelum mereka diberi tauliah esok,” katanya. – MalaysiaGazette

Semua 28 calon BN perlu tandatangani SD elak lompat parti – Tok Mat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast