Emile Smith Rowe. Foto Evening Standard.

LONDON – Pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe menunjukkan prestasi yang cukup baik dengan menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhir Arsenal dalam Liga Perdana Inggeris, lapor Evening Standard.

Dia yang bertindak sebagai pemain tengah menyerang untuk pasukan Arsenal jelas tenang untuk mengawal barisan tengah dengan membuat larian-larian yang berbahaya bagi menembusi pertahanan pihak lawan.

Kehadiran pemain berusia 21 tahun itu dalam kesebelasan utama pasukan Arsenal amat ditagih Mikel Arteta untuk terus cemerlang meraih kemenangan.

Gerakan dan kemahiran mengelecek yang menarik dari Smith Rowe menyukarkan pihak lawan mengekang pemain muda ini.

Bekas pemain kebangsaan England, Gary Neville percaya Smith Rowe sebenarnya mempunyai penyudah yang lebih mantap berbanding Cristiano Ronaldo ketika seusia dengannya.

Dia menegaskan yang Smith Rowe di usia 21 tahun dilihat lebih terserlah berbanding Cristiano Ronaldo sendiri ketika masih berusia 21 tahun.

Emile Smith Rowe berjaya mengukuhkan dirinya sebagai pemain terpenting dalam sistem kendalian Arteta di Emirates, dengan dia pada musim panas lalu diberi penghormatan untuk menyarung jersi nombor 10 Arsenal.

Musim lalu, Smith Rowe menampilkan aksi cemerlang dengan melakukan 33 penampilan dalam semua pertandingan.

Secara keseluruhan, dia menjaringkan empat gol dan melakukan tujuh bantuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast