The candidates from Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (right), Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (centre) and Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan greet the media after submitting their nomination form at the N.02 Tanjung Bidara Candidate Nomination Centre, Japerun Tanjung Bidara Complex, Melaka. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 08 NOVEMBER 2021
The candidates from Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (right), Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (centre) and Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan greet the media after submitting their nomination form at the N.02 Tanjung Bidara Candidate Nomination Centre, Japerun Tanjung Bidara Complex, Melaka. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 08 NOVEMBER 2021. Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh (kanan), calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin (tengah) dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan melambai ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon N.02 Tanjung Bidara di Kompleks Japerun Tanjung Bidara, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 08 NOVEMBER 2021.

MASJID TANAH – Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara yang menjadi pusat penanaman calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara menyaksikan tiga calon telah muncul sehingga jam 9 pagi tadi.

Pertama tiba adalah calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, Zainal Hassan jam 8.10 pagi.

Beliau yang merupakan pesara tentera berbaju Melayu berwarna merah turut diiringi pencadang dan penyokong beliau.

Kedua tiba adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau tiba jam 8.51 pagi dengan diiringi pencadang dan penyokong yang lengkap berpakaian baju Melayu merah.

Terakhir tiba adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Jusoh jam 8.55 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan PRN Melaka.

Terdahulu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mengiringi Ab Rauf di luar perkarangan Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara.

Setakat pusat penamaan ini dibuka hanya tiga calon yang hadir bagi menyerahkan borang pencalonan mereka.

Dewan ini adalah salah satu daripada 28 pusat penamaan yang dibuka bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

SPR sebelum ini menetapkan hari ini sebagai hari penamaan dan 16 November depan sebagai hari undi awal manakala 20 November bagi hari pembuangan undi. – MalaysiaGazette