Alexandre Lacazette. foto: Facebook

LONDON – Manchester City dilaporkan cuba membawa masuk pemain Arsenal, Alexandre Lacazette pada jendela perpindahan, Januari ini.

City memerlukan seorang penyerang, selepas usaha menandatangani Harry Kane pada musim panas lalu gagal, dan kelab itu dijangka mendapatkan seorang penyerang pada Januari ini.

Lacazette dalam usaha meninggalkan Arsenal dan City melihat kepada peluang ini untuk menyelesaikan masalah kelab, menurut laporan media Sepanyol.

Kontrak Lacazette akan tamat pada musim panas dan walaupun pemain itu beraksi baik pada musim ini tiada petunjuk kontrak baharu akan ditawarkan.

Januari ini merupakan peluang terakhir Arsenal untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan £47.7 juta yang dilakukan pada 2017.

Akhbar Mirror mendakwa, jika Arsenal berubah fikiran dan menawarkan pemain warga Perancis itu kontrak baharu, Lacazette mungkin menolaknya.

Lacazette turut mendapat perhatian Barcelona. – Agensi.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast