A Covid-19 body is brought to the Corpse Management One Stop Centre (PUSUM), Kuala Lumpur to be laid to rest. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 26 JULY 2021
A Covid-19 body is brought to the Corpse Management One Stop Centre (PUSUM), Kuala Lumpur to be laid to rest. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 26 JULY 2021. Petugas melakukan kerja-kerja menguruskan jenazah Covid-19 untuk dikebumikan di Pusat Sehenti Urus Mayat (PUSUM), Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 78 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan setakat pukul 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data yang dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman sesawang COVIDNOW, jumlah kumulatif angka korban akibat wabak tersebut kini mencecah 29,427 kes.

Daripada jumlah kematian yang direkodkan, sebanyak 19 kes merupakan kematian di luar hospital (BID).

Kedah mencatatkan kematian tertinggi iaitu sebanyak 19 kes diikuti Sarawak (13) dan Selangor (12).

Kelantan merekodkan sebanyak lapan kes kematian, Perak (7), Johor (5), Melaka (2), Terengganu (2), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sementara itu, tiada kematian baharu dilaporkan di Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, laman sesawang berkenaan turut melaporkan jumlah kes yang masih lagi aktif ialah sebanyak 61,803 kes dengan 5,500 pesakit Covid-19 masih ditempatkan di hospital.

COVIDNOW turut berkongsi angka individu yang menjalani kuarantin di rumah iaitu seramai 48,058 orang atau bersamaan dengan 77.8 peratus manakala seramai 7,703 orang (12.5 peratus) berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC). – MalaysiaGazette