Chairman of Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim PIX: MOHD ADZLAN / MalaysiaGazette / 10 NOVEMBER 2021. DAPSY DAP youth leaders Melaka state election
Datuk Seri Anwar Ibrahim

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) mencadangkan agar satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri daripada Pakatan Harapan (PN), Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, calon-calon ketua menteri itu mesti individu yang akan dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya sambut baik malah mengalu-alukan hasrat kerajaan yang menyatakan kesediaan untuk memberi ruang berkempen sama rata kepada semua calon-calon PRN Melaka termasuk yang ditonjolkan PH di saluran media rasmi kerajaan.

“Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaaan mempertimbangkan ruang untuk semua calon PRN Melaka berkempen menerusi saluran televisyen dan radio rasmi kerajaan.

Jelasnya, perincian perkara itu masih dalam perbincangan bersama pihak berkaitan terutama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan akan diumumkan dalam masa terdekat. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast