Takiyuddin Hassan Covid-19 positive
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin dijangkiti Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan secara ringkas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi.

“Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili menteri (Takiyuddin) oleh kerana menteri masih terkena (dijangkiti) Covid-19. Saya dimaklumkan bahawa saya mengambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini,” kata Wan Junaidi ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, pada September lepas, Takiyuddin pernah menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid-19.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Takiyuddin jalani kuarantin kendiri

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast