A healthcare working showing the CoronaVac Covid-19 vaccine manufactured by Sinovac during the National Covid-19 Immunisation Programme at KPJ Tawakkal Hospital in Kuala Lumpur. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 07 JUNE 2021. PICK Adolescents
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seramai 2,472,098 individu atau 78.5 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin COVID-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi, menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW.

Berdasarkan data itu juga, seramai 22,258,551 orang dewasa atau 95.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin, 1,031,946 atau 4.4 peratus masih tidak divaksin, manakala seramai 22,843,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7 peratus populasi Malaysia sudah menerima vaksin COVID-19 yang lengkap.

Mengenai jumlah dos vaksin harian, sebanyak 143,662 dos diberikan melibatkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak).

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497.- BERNAMA