Gambar hiasan

Kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak hadir untuk menerima suntikan itu, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

“Jika pengambilan dos penggalak adalah rendah, khususnya dalam kalangan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi, jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat. Ini sudah pasti,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Bermula 22 Oktober lalu, pemberian dos penggalak diperluas kepada warga emas yang telah lengkap dua dos vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan lalu.

Petugas kesihatan bersiap sedia memberi suntikan dos penggalak kepada penerima menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.
Jumlah penerima temu janji suntikan dos penggalak menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak mencapai jumlah yang ditetapkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.
Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak kepada penerima menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.
Petugas kesihatan memberi suntikan dos penggalak kepada penerima menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.
Suntikan dos penggalak diutamakan bagi individu yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.
Gelagat seorang penerima suntikan dos penggalak menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.
Penerima suntikan dos penggalak bergambar sejurus selesai sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 12 NOVEMBER 2021.