Frank Lampard. - Gambar Transfer News Live

LONDON – Norwich City telah mengadakan perbincangan secara bersiri dengan bekas bintang dan juga bekas pengurus Chelsea, Frank Lampard.

Kelab itu sedang berusaha memujuk dan melantik Lampard sebagai pengurus pasukannya menggantikan Daniel Farke.

Lampard, 43, antara beberapa calon ketua jurulatih yang telah disenarai pendek Norwich dan sedang mengadakan rundingan bersemuka untuk memilih calon terbaik.

Bagaimanapun, sehingga minggu depan dijangka tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai pengurus kelab berkenaan.

Lampard telah bebas dari sebarang tugas kelab selepas dipecat pada Januari 2021 setelah mengemudi Chelsea selama 18 bulan.

Norwich sebuah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sedang menghuni tangga tercorot dalam takhta liga dengan hanya mengumpul lima mata daripada 11 perlawnan setakat ini.

Kelab itu akan bertemu Southampton pada 20 November ini.

Farke dipecat selepas menang menentang Watford Sabtu lalu, yang menjadi kemenangan pertama kelab selepas mengharungi 11 perlawanan.

Lampard berjaya membawa Chelsea ke tempat keempat dalam saingan liga serta pusingan akhir Piala FA pada musim lalu.

Manakala kemenangan 3-1 ke atas Leeds United pada Disember 2020 berjaya meletakkan the Blues mengungguli takhta EPL.

Namun, Lampard dipecat pada bulan berikutnya selepas pasukannya jatuh ke tempat ke-10 dalam takhta liga.- BBC Sport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast