KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon, Linda Rafar sering berkongsi gambar berniqab di Instagramnya.

Perkara itu sudah tentu menjadi tanda tanya para pengikut dan peminatnya.

Namun Linda atau Azlinda Rafar tidak mahu berkongsi perkembangan terkini tentang penampilannya itu.

Beliau belum bersedia untuk mengumumkan perkara itu.

“Sekarang saya belum bersedia untuk menjawab, tapi tolong doa yang baik-baik untuk Linda okay,” tulisnya di Instagram semalam.

Tambahnya, sekiranya telah bersedia Linda akan mengumumkan sendiri tentang penampilannya kelak.-MalaysiaGazette