MOHD. Hafiz Mohd. Khalid (dua dari kanan), Dr. Abdul Latiff Mohamad (tiga dari kanan), Dr. Wan Aida Wan Mustafa ( kanan), Dr. Noor Hassim Ismail ( kiri), Hayri Rahim (dua dari kiri) dan Mohamad Ridzuan Ahmad ( kiri belakang ), selepas melancarkan Figura Coffe Latte di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Syarikat milik penuh bumiputera, Figura (M) Sdn. Bhd., (Figura International) melancarkan dua produk kesihatan untuk seisi keluarga iaitu Figura S dan Figura Coffee Latte di sini baru-baru ini.

Figura Coffee Latte adalah gabungan herba alami seperti ekstrak Sacha Inchi, kunyit hitam, ekstrak maca, garam bukit dan stevia.

Figura Coffee Latte

Berdasarkan kajian yang dijalankan terbukti bahan utamanya iaitu Sacha Inchi yang digunakan dalam kopi tersebut mengandungi kandungan antioksida yang tinggi iaitu Omega 3,6,9, Vitamin A dan E.

Figura S pula adalah produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan buah-buahan tempatan dan import.

Figura S

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Figura International, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid, syarikat yang bermula tahun 2018 itu kini mengorak langkah sebagai jenama global dalam industri networking melalui platform produk pemakanan kesihatan  dan kecantikan.

“Figura International komited untuk muncul sebagai lima pemain utama dalam industri networking menjelang 2025.

“Pendekatan networking secara dalam talian yang kami dedahkan kepada agen-agen Figura juga sejajar dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan para usahawan menggunakan platform digital, supaya lebih berjaya dalam perniagaan,” katanya pada majlis tersebut.

Turut hadir adalah Prof Emeritus Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad, Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian dari fakulti yang sama, Prof Dr. Wan Aida Wan Mustafa dan Prof Dr Noor Hassim Ismail dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Selain itu, pelabur syarikat Figura, Datuk Hayri Rahim dan Pengarah Pemasaran Figura, Mohamad Ridzuan Ahmad juga hadir pada majlis yang sama.

Mohd. Hafiz memberitahu, Abdul Latiff dan Wan Aida terlibat dalam kajian terhadap produk Figura S.

“Hasil penyelidikan kedua-dua pakar ini mengesahkan antioksida yang terkandung dalam Figura S adalah tujuh kali lebih tinggi daripada vitamin C,’’ jelasnya.

Mohd. Hafiz berkata, antioksida yang tinggi penting untuk meningkatkan imunisasi dalam badan sekali gus dapat mengawal atau mencegah pelbagai serangan penyakit.

Noor Hassim yang melakukan penyelidikan terhadap Figura Coffee Latte mendapati antara kebaikannya dapat melawan sel-sel kanser dan membantu merawat sakit jantung.

Mohd. Hafiz berkata, Figura International mahu berkongsi keistimewaan produk yang dihasilkan bersama seluruh rakyat Malaysia dengan tanpa mengetepikan  produk berkualiti dan halal.

Sesiapa berminat boleh menghubung wakil Badaisma di talian 011-272 79299.

Sehubungan itu, sesiapa berminat boleh menghubungi wakil pihaknya kerana selain kegunaan diri sendiri, produk berkenaan boleh dijadikan hadiah kepada mereka tersayang.- MalaysiaGazette