Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu cuba megangkat berat semasa hadir melawat jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Garage Kesang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2021.

JASIN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperuntukkan sekurang-kurangkan RM100,000 bagi menaik taraf fasiliti pusat latihan sukan angkat berat di Kesang.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, fasiliti sukanĀ  yang pernah melahirkan atlet hingga meraih pingat emas di Kejohanan Sukan Olimpik 2020 kini giat melatih pelapis baharu.

“Garage@Kesang atau gimnasium terbuka ini pernah digunakan atlet Filipina, Hidilyn Diaz, pemenang pingat emas acara angkat berat wanita 55 kilogram di Kampung Kesang.

“Bantuan yang boleh kita berikan adalah untuk menambah baik fasiliti sukan sedia ada, mungkin kita perbesarkan garaj ini.

“Kita juga mendapati garaj ini di atas kawasan peribadi, jadi apa yang boleh kita lakukan ialah bekerjasama dengan tuan tanah untuk ambil alih secara sewaan jangka panjang,” katanya kepada pemberita di Garage@Kesang hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama calon Perikatan Nasional N.24 Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub bergambar bersama jaguh angkat berat Filipina, Hidilyn Diaz pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Garage Kesang, Melaka. Foto MOHD ADZLAN, 15 NOVEMBER 2021.

Terdahulu beliau bersama isterinya, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi melawat pusat latihan sukan angkat berat di Kesang, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal mengalu-alukan komitmen yang atlet dan jurulatih dari Filipina itu yang sedia melatih anak tempatan dalam sukan itu.

“Saya mendapati komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan bersama beliau yang terpaksa berlatih di sini akibat Peritnah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19, kita lihat komitmen mereka tinggi

“Ramai dalam kalangan anak muda kini datang ke garaj ini untuk mendekatkan diri dengan sukan ini.

“Ramai anak muda di sini begitu berpotensi menjadi juara dunia suatu hari nanti,” katanya lagi. – MalaysiaGazette