Wan Mohd Zahari Wan Busu Kuantan asnaf orphanage strangled to death
Wan Mohd Zahari Wan Busu

KUANTAN – Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar tembok rumah di Bukit Setongkol, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang memandu kereta Proton Saga dari Kuantan menghala ke rumahnya di Taman LKNP, Bukit Setongkol dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu yang berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya menerusi kenyataan.

Siasatan awal dapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaannya.

Menurut Wan Mohd Zahari, mayat mangsa dibawa ke unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat selepas keputusan ujian calitan Covid-19 diketahui.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette