Switzerland menumpaskan Bulgaria 4-0 pada Isnin sekali gus menamatkan saingan dengan menduduki tangga teratas Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Dunia 2020.- Gambar International Champions Cup.

ANKARA – Switzerland menumpaskan Bulgaria 4-0 pada Isnin sekali gus menamatkan saingan dengan menduduki tangga teratas Kumpulan C pusingan kelayakan Piala Dunia 2020 manakala Itali sekadar seri tanpa jaringan ketika bertemu Ireland Utara dan perlu beraksi di pusingan ‘playoff’.

Pasukan Switzerland menamatkan saingan dengan 18 mata manakala Itali menduduki tempat kedua dengan 16 mata.

Switzerland pernah beraksi di Piala Dunia pada 2006, 2014 dan 2018 tetapi pada 2010 negara ini tersingkir di peringkat kumpulan.

Juara Piala Dunia empat kali pada 1934, 1938, 1982 dan 2006, Itali pula pernah mengejutkan peminat bola sepak dunia apabila gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sementara itu, England menewaskan San Marino 10-0 dalam perlawanan Kumpulan I pada Isnin menyaksikan pemain Harry Kane menyumbat empat gol.

England melangkah ke pentas Piala Dunia apabila mengutip 26 mata manakala Poland yang berada dalam kumpulan sama terpaksa mengharungi pusingan ‘playoff’ selepas sekadar mengumpul 20 mata.- BERNAMA