KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Dang Wangi telah membuka kertas siasatan berhubung posting seorang wanita warga asing yang berjalan kaki di Taman KLCC tanpa memakai pelitup muka.

Terdahulu, tular hantaran di Twitter milik @AdibahOj yang memuat naik gambarĀ  wanita warga asing tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Siasatan itu di bawah Seksyen 21A, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Siasatan sedang dijalankan akan seterusnya akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Noor Delhan menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang sedang berkuatkuasa dan tindakan di bawah peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan. – MalaysiaGazette