MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa antarabangsa telah memulangkan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM20,530,433,626.97 kepada kerajaan Malaysia.

Menurut SPRM, terbaharu pada 12 November lalu, Commercial Affairs Department (CAD) Singapura membuat pemulangan wang milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC International Sdn. Bhd. Nik Faisal Ariff Kamil kepada Kerajaan Malaysia.

“Pemulangan wang itu telah dilakukan menerusi Akaun Amanah Mendapatkan Kembali Aset (Assets Recovery Trust Account) milik Kementerian Kewangan Malaysia berjumlah AS$864,813.27,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, ketika ini SPRM sedang dalam usaha untuk pemulihan aset bagi negara-negara seperti Switzerland, Kuwait, Mauritius, Cyprus, Hong Kong melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan kes 1MDB.

Malah, tambahnya, suruhanjaya itu juga giat meneruskan pemulihan aset dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan serta Singapura.

Sebelum ini, katanya, kerajaan Singapura juga telah membantu dalam pemulangan aset sebanyak AS$15.4 juta (RM64,418,200) kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd. milik Datuk Tawfiq Ayman dan Samuel Goh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast