ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron bercakap pada sidang media di Hotel Muzaffar Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ 18 OKTOBER 2021

MELAKA – Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi penyebab pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kalah dalam saingan kerusi ditandingi mereka.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Fairul Nizam Roslan.

Fairul Nizam memperolehi 4,939 undi, menang dengan majoriti 747 undi berbanding Idris memperoleh 4,192 undi.

Norhizam menunjukkan jarinya sebagai bukti beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat mengundi di Sekolah Rendah Agama JAIM, Taman Datuk Thamby Chik Karim di sini, hari ini.

Sementara itu, Datuk Noor Azman Hassan yang bertanding atas tiket Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di DUN Pantai Kundor turut tewas kepada calon BN, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim dengan 2,341 undi.

Bekas ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, yang bertanding sebagai calon bebas gagal mempertahankan kerusinya apabila mendapat 1,218 sahaja.

Calon BN, Datuk Kalsom Nordin yang mendapat 4,830 undi menewaskan calon PH, Muhamad Danish Zainudin dengan 4,708. – MalaysiaGazette