Penyokong Barisan Nasional bersorak ketika melihat keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dipaparkan pada skrin di Command Centre Barisan Nasional, Ayer Keroh, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2021.

MELAKA – Keputusan tidak rasmi BN dilihat memperoleh kerusi mencukupi dengan sekurang-kurangnya 15 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri.

Sorakan kemenangan jentera dan penyokong bergema di Bilik Gerakan Utama BN di Ayer Keroh

Setakat ini, BN memenangi DUN Kuala Linggi, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Lendu, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Kelebang dan Merlimau.

Lima lagi kerusi dijangka digenggam BN ialah Telok Mas, Sungai Rambai, Ayer Molek, Rim dan Duyong.

– MalaysiaGazette