Orang ramai beratur panjang bagi menerima suntikan vaksin dalam program vaksinasi Covid-19 Selvax Remaja di Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya Klang, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 24 OKTOBER 2021.

KUALA LUMPUR – Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima vaksin COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 95.6 peratus atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi manakala 97.8 peratus atau 22,914,289 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, setakat semalam.

Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646.  – MalaysiaGazette