drug case police lockup escapee Perak state assemblyman drug PDRM murder case Jalan Ampang logo
Gambar hiasan

KAJANG – Pelanggan sebuah restoran di Taman Kasturi, Balakong, di sini, gempar apabila seorang lelaki ditemui mati di tandas restoran tersebut malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat mangsa berkenaan sekitar jam 8.27 malam dan identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

“Sebaik saja anggota polis tiba di tempat kejadian susulan panggilan kecemasan itu, pemeriksaan di tandas restoran mendapati seorang lelaki tempatan berumur 33 tahun terbaring dalam keadan tidak sedarkan diri.

“Individu itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak pegawai perubatan yang hadir ke lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, polis kemudian telah menghantar mayat mangsa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM UKM) untuk proses bedah siasat.

Jelasnya, kes disiasat sebagai laporan Mati Secara Mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh menghubungi dengan balai polis yang berhampiran atau berhubung pegawai penyiasat kes iaitu Sarjan Emran di talian 013-7638512 untuk membantu siasatan kes. – MalaysiaGazette