SRC International Sdn Bhd Appeal verdict guilty Najib Razak IRB Inland Revenue Board tax arrears bankruptcy SRC International appeal verdict guilty
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan tetap dengan keputusan untuk menyampaikan keputusan rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 8 Disember ini membabitkan penyeleweng dana SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Semalam, pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri itu memohon penangguhan kerana Najib masih melakukan kuarantin selepas pulang dari Singapura.

Mereka memohon untuk menangguhkannya selepas 13 Disember.

Melalui surat yang dipanjangka kepada Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Najib memohon supaya tarikh 8 Disember ini dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu antara 13 Disember hingga 17 Disember depan.

Semalam Mahkamah Rayuan dalam satu kenyataan memaklumkan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil akan membuat keputusan atas sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan atas Najib.

Turut bersidang ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Panel hakim akan memutuskan sama ada mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 27 Julai 2020 atau membebaskan Najib daripada sabitan yang dikenakan ke atasnya serta membatalkan hukuman yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana syarikat itu. – MalaysiaGazette