Suspek warga emas berusia 60 tahun yang ditahan reman kerana mengadakan hubungan seks luar tabii dengan kambing sehingga haiwan peliharaan itu mati di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 29 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang pernah ditahan atas dakwaan mengadakan seks luar tabii ke atas seekor kambing betina sehingga mengakibatkan haiwan itu mati akan didakwa di mahkamah esok.

Suspek seorang warga emas akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor jam 9 pagi.

“Sebelum ini, kertas siasatan kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya untuk arahan lanjut.

“Baru-baru ini kita mendapat arahan dari AGC untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan di mahkamah pada esok,” kata sumber kepada MalaysiaGazette hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 

Pada 29 Julai lalu, lelaki warga tempatan itu telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan kes tersebut.

Suspek yang berusia 60 tahun itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan atas faktor umur dan kesihatan sementara kertas siasatan dilengkapkan polis.

Kes telah disiasat dibawah Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan kerana melakukan seks di luar tabii dengan haiwan.-MalaysiaGazette