Hasni Mohammad
KOTA ISKANDAR – Kerajaan Johor akan meminda Fasal 16 Bahagian 2,  Undang-undang Tubuh Kerajaan 1895 bagi membenarkan belia berusia 18 tahun bertanding kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN pada pilihan raya akan datang.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, keputusan itu dibuat supaya ianya selaras dengan pindaan Seksyen 5 Jadual 8 Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, satu sidang khas dewan negeri akan dibuat dalam waktu terdekat berhubung perkara itu.
“Menerusi pindaan Fasal 16 yang akan diadakan menerusi sidang khas DUN yang akan diadakan dalam masa terdekat, membolehkan calon berusia 18 tahun bertanding sebagai ADUN di negeri ini,” katanya pada sesi penggulungan persidangan penggal keempat, Sidang Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Sebelum ini, Kedah dan Kelantan antara negeri terawal yang membenarkan calon berusia 18 tahun bertanding pada pilihan raya nanti. – MalaysiaGazette