Kempen Save Our Trees yang dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuantan menyediakan tugu dan 'banner' sokongan orang ramai bagi usaha memelihara pokok di tepi pantai.

KUANTAN – Dalam usaha menyelamatkan pokok di sekitar pantai, sebanyak 4,000 pokok telah ditanam di sekitar oleh Majlis Bandaraya Kuantan di empat pantai daerah ini dengan peruntukan sebanyak RM 40,000 oleh Pejabat Perhutanan Negeri.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Husin berkata, usaha itu bagi memupuk kesedaran masyarakat kepentingkan memelihara pokok dan menjaga alam sekitar di Pantai Sepat, Pantai Balok, Pantai Cempaka dan Pantai Kempadang menerusi Kempen Save Our Trees.

Katanya kempen diadakan berikutan dalam kejadian minggu lalu apabila seorang pengunjung Pantai Sepat telah membakar pangkal sebatang pokok bagi tujuan untuk memasak dan barbeque, yang mengakibatkan sebatang pokok telah dibakar dan tumbang.

“Maka, kempen ini juga adalah untuk melarang sebarang pembakaran, merosakan, pokok-pokok di persekitaran pantai dan taman-taman awam.

“Sebagai peringatan kepada pengunjung, suatu tugu iaitu pokok yang telah tumbang telah dijadikan sebagai tugu peringatan dan di bina papan tanda yang menerangkan detik-pekerja Alam Flora yang sedang berusaha memadam api yang sedang membakar pangkal pokok.

Tugu peringatan menjadi peringatan di Pantai Sepat, berikutan insiden pokok tumbang akibat perbuatan pengunjung yang tidak bertanggungjwab yang mmebuat pembakaran pokok untuk ‘barbeque’ minggu lalu.

Selain itu, katanya satu ‘banner’ disediakan untuk ditandatangani oleh pengunjung sebagai symbol menyokong usaha program save our tree. Menerusi kempen yang dijalankan.

“Sebagai peringatan, pokok-pokok disekitar pantai sepat akan dikalungkan dengan tag Save Our Tree supaya pengunjung menyayangi pokok dan memelihara alam sekitar.Kuanta

“Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam memastikan kewujudan serta kelangsungan pokok-pokok di kawasan pantai dan taman-taman awam kita terus terpelihara,” katanya.

Hamdan mengingatkan masyarkat supaya tidak merosakkan pokok kerana ia berfungsi sebagai lindungan semula jadi dan zon penampan, benteng untuk memecah, menahan dan mengurangkan kesan pukulan ombak laut yang boleh menyebabkan hakisan.

Pokok-pokok penting untuk dipelihara kerana ianya boleh menjejaskan sosio ekonomi masyarakat setempat yang menjalankan perniagaan berkaitan pelancongan dan perikanan sekiranya tidak dipelihara. – MalaysiaGazette