Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menjadi penceramah undangan dalam perbincangan meja bulat secara digital bersama-sama legenda bola sepak dunia Ryan Giggs, Gary Neville dan Nicky Butt pada Khamis ini.

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dan ketiga-tiga bekas pemain Manchester United berkenaan akan berkongsi pengalaman mengenai latihan dan teknologi berkaitan bola sepak di Asia.

Menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers, perbincangan meja bulat bertajuk “World Class Training with Man United Legends” itu akan diadakan secara maya pada pukul 5.30 petang, 2 Dis.

Menurut kelab bola sepak itu, Tunku Ismail dijemput untuk berkongsi mengenai kelab JDT termasuk fasiliti kelas dunia kelab berkenaan dan Akademi JDT.

“Sesi ini juga bertujuan untuk menunjukkan kepada pemain, jurulatih, pelatih dan ibu bapa tentang apa yang diperlukan untuk berada pada peringkat elit.

Program dua hari anjuran ZujuGP, sebuah laman penstriman dalam talian untuk menghubungkan individu-individu dalam bola sepak kepada peminat seluruh dunia ini, juga bakal menyaksikan legenda bola sepak berbincang mengenai perkara berkaitan Manchester United pada hari Rabu (1 Disember),” kata kelab itu.

Semua sesi akan ditayangkan secara langsung menerusi laman Facebook ZujuGP. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast