Messi. -Gambar Goal.com

LONDON – Pemenang Ballon d’Or 2021 akhirnya sekali lagi menjadi milik bintang dunia, Lionel Messi.

Penyerang Argentina itu menewaskan dua lagi calon iaitu Robert Lewandowski dan Jorginho yang masing-masing berada pada tangga kedua dan ketiga.

Dengan kejayaan Ballon d’Or 2021 ini, Messi, 35, kini sudah mengumpul keseluruhan sebanyak tujuh Ballon d’Or sepanjang kariernya.

Robert Lewandowski dianggap sebagai pencabar utama dan calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or kali ini selepas tiada edisi untuk tahun 2020 yang lalu kerana France Football tidak mahu menganjurkan acara itu di tengah pandemik yang melanda dunia terutama sekali di Perancis.

Pada edisi kali ini, Messi sekali lagi berjaya memenangi Ballon d’Or dan sudah mengatasi Cristiano Ronaldo dengan dua Ballon d’Or lebih banyak.

Messi sebelum ini berjaya membantu Argentina memenangi Copa America.

Ia kejayaan pertama Messi bersama dengan Argentina selepas memenangi kesemua trofi di peringkat kelab.

Messi kini bermain untuk PSG di Perancis selepas menyertai kelab itu musim panas lalu secara percuma. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast