KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Kelantan dan seluruh Terengganu bermula esok sehingga Jumaat.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan meliputi sembilan kawasan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bahru, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Manakala di Terengganu membabitkan kesemua kawasan. – MalaysiaGazette